Monday, April 26, 2010

Picnic n kemalasan menaip blog =p

Semalam aku dan beberapa rakan LSE telah berpicnic di hyde park!!!

Namun atas faktor kemalasan yang melampau, aku decide untuk letak link sahaja ke post yang rakan aku buat pasal picnic neh... (Sorry pembaca2 setia =p)...


Ni link nye:

http://coretanperantau.blogspot.com/2010/04/mari-kita-berpiknik-di-tengah-kota.html


Selamat Membaca =)





Wednesday, April 21, 2010

Tagged n The Story Behind 8th Folder 8th Picture






 Uhhh... I guess Im having a bad day to get tagged this early ='(




Sebelum Cerita bermula, ni rules of tagging:

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

and the story begins:



Gambar: (dari kiri) Zakiyyah, Ikmal, Akmal, Nab, n Me


Kami berada di rumah terbuka senior LSE... Akak Ija dan Dalila... Kat sini kami makan dengan banyaknye umpama tak pernah jumpa makanan sebelum neh. Nak buat macam mana, masakan akak-akak neh sangatlah sedap. Apatah lagi kami masih baru di london ketika ini. Tiap-tiap hari makan luar je. Saya nak berterima kasihlah dekat Hamid yang sudi menjemput saya hadir untuk hari ini. Kenangan manis masa mula-mula sampai london neh. Semoga segala kenangan ini kekal dalam ingatan kita bersama sampai bila-bila n_n.





Tuesday, April 20, 2010

10sen = TenSion = Tensi = FINAL EXAM!!!!

tik... tok... tik... tok...

Mahu tak mahu masa terus berjalan tanpa henti. Hari ini hari Selasa , bermaksud hanya tinggal 5 hari lagi sebelum cuti easter aku berakhir. Pelan pembelajaran yang dirancang semenjak sebelum cuti bermula lagi tak sampai 10% tertunai ke hari ini. Argh!!!!!!!!

Atas ketensionan yang melampau aku beralih dari memandang buku calculus sambil melayari lecture MA100 di laman web moodle lse kepada menulis entry ini. Oh, alangkah indahnya dunia tanpa Matematik. Cubaanku untuk lari dari kenyataan. Namun, mahu tak mahu, aku kena berdepan dengan realiti. Mahu tak mahu aku mesti menyiapkan paling kurang latihan-latihan basic MA100. Aku sungguh tension...

Aku buka laman web manga kegemaran aku untuk menyejukkan kembali kepala aku yang sudah berasap semenjak pagi tadi lagi. Tak banyak yang dapat aku lakukan hari ini walaupun sudah berjam-jam aku di meja penuh sejarah ini. Kepalaku pening dan mataku berpinar-pinar. Mungkin sebab tidak cukup tidur. Aku hanya tidur selepas pukul 5 pagi sehingga pukul 8 pagi hari ini, terbangun kerana cleaner yang datang untuk clearkan dustbin di dalam bilik aku tertutup pintu dengan kuat. Aku mahu tidur kembali tapi khuatir jam biologi aku berubah kembali dari 'siang belajar-malam tidur' ke 'siang tidur-malam belajar'.

Di laman manga itu, tiada update baru menantiku. Aku kembali tension. Aku telah membaca hampir kesemua manga dalam populariti 1-150 dan aku tahu tiada manga yang menarik lagi yang tinggal untuk aku baca. Apakah semua ini satu petanda yang paras tension aku tidak akan turun untuk hari ini? Argh...

Aku sungguh mahu menghubungi kekasih tersayangku cik Nabilah Sifyan. Namun setelah ku memeriksa baki free call, didapati aku telah menggunakan 357 minit dari 600 minit untuk bulan ini. Masih ada 2 Sabtu yang aku peruntukkan 120 minit... bermakna baki sebenar free call aku hanyalah 600-477 = 123 minit! Kalau aku gunakan lg free minutes ini bermakna aku terpaksa mengorbankan Long dan Kama. Emm walaupun aku akui aku tak mungkin membazirkan minit phoneku untuk call kama tapi the thought of having the minutes reserved for him makes me feel less evil. (orang kata its the thought that counts =P). Thus aku kembali tension.

Kini aku terpaksa pasrah dengan cara terakhir aku untuk menghilangkan tension. MAKAN!!
Tidak hairanlah perutku yang dulunya six packs kini hanya tinggal memori semata-mata. huhu. Apakan dayaku, ketiadaan gym yang murah, kemalasan berjogging serta kehidupan di bandar yang sibuk nyata mendatangkan mudarat kepada badanku.


Aku kini terpaksa pergi... terima kasih kerana sudi membaca... nak pesan apa-apa tak? aku nak gi kedai kebab tepi King Cross ni. Bye2!!!!

What a Guy think When a Girl say... Part 1

During Love Confession

Girl: Saya nak jadi kawan terlebih dahulu
Guy: (Dia rejek dan harap stay kawan)

Girl: Saya masih belum bersedia
Guy: (Rejected dan kena tunggu bertahun2 lagi la ni nampaknya)

Girl: Maaf, Saya minat dekat orang lain
Guy: (Dia rejek tapi masih ada harapan kalo sanggup usaha pikat dia)

Girl: Saya hanya anggap awak sebagai kawan.
Guy: (tak ada harapan la neh...)

Girl: Saya nak stay friend forever dengan awk
Guy: (tak ada harapan untuk selama-lamanya walaupun dia sentiasa depan mata...)

Girl: Saya dah ada boyfriend
Guy: (Rejected... tapi kalau aku sanggup tunggu sampai dia clash ade harapan la kot)

Girl: Cermin diri sendiri tu dulu
Guy: (Aish minah ni mesti tak pernah tengok muka dia sendiri dalam cermin...)

Girl: Saya nak fokus study
Guy: (kena rejek... tapi kalau aku sanggup tunggu sampai dia habis study ada harapan)

Girl: Saya tak kenal pun awk
Guy: (rejected... malunye dia tak kenal pun aku... kena elak dari jumpa dia dah lepas ni)

Girl: boleh bagi saya masa untuk pertimbangkan?
Guy: ( macam tak ada harapan je neh)

Girl: ok
Guy: (YES! *blank*)

Girl: kita boleh cuba dulu tgk kita sesuai ke x
Guy: (YES!! *blank*)

Girl: saya pun dah lama suka kat awak
Guy: (YES!!! *blank*)

Girl: *apa-apa jawapan yang bermaksud 'ok'*
Guy: (YES!!!! *Blank*)



Apparently a guy doesn't think so much because for him if things doesn't go well after that he will just broke up and start anew...

A girl just think too much that makes the guy misunderstood her real intention. Before the start of relationship she always think of worst case scenario and act like if things doesn't work out well it'll be the end of the world. Well, it is not.

Monday, April 19, 2010

Pointers on when to confess to a guy (for girls)



1) Pastikan lelaki yang anda minat kenal anda


2) Pastikan hubungan anda dengan lelaki tersebut hanya sekadar kawan. (lelaki selalunya dalam dilemma kalau yg confess tu rakan baik/ childhood friend sebab takut hubungan bertukar masam jikalau breakup in the future thus peluang anda untuk diterima agak tipis.)


3) Pastikan diri anda tidak menjadi buah mulut dan ejekan atas sebab yg kurang memuaskan seperti sering bertukar BF dan sebagainya. ( adalah tidak penting anda berperangai buruk asalkan lelaki yang anda minat tidak mengetahuinya.)


4) Pastikan diri anda tidak kurang dari kawan. Sekiranya lelaki tersebut tidak beberapa atau langsung tidak mengenali anda, anda seharusnya bersabar dan cuba mendekatinya terlebih dahulu.


5) Pastikan lelaki tersebut selesa dengan anda. Selesa bermakna lelaki tersebut boleh bergurau dan tersenyum bila bersama anda.


6) Pastikan anda tidak diminati oleh rakan baik lelaki tersebut. Anda akan direjek serta-merta. Jikalau anda dalam situasi itu, anda hendaklah memutuskan harapan rakan baik lelaki itu terlebih dahulu sebelum anda confess.


7) Pastikan anda sendiri bersedia. Kerana lelaki biasanya akan menguji terlebih dahulu samada anda benar2 mahukannya atau sekadar bergurau/main-main.


8) Good Luck!!!! Yang selebihnya bergantung kepada nasib anda... (dan pastikan lelaki tersebut tidak mempunyai GF atau anda akan malu sendiri nnti ) =)
Related Posts with Thumbnails