Tuesday, April 20, 2010

10sen = TenSion = Tensi = FINAL EXAM!!!!

tik... tok... tik... tok...

Mahu tak mahu masa terus berjalan tanpa henti. Hari ini hari Selasa , bermaksud hanya tinggal 5 hari lagi sebelum cuti easter aku berakhir. Pelan pembelajaran yang dirancang semenjak sebelum cuti bermula lagi tak sampai 10% tertunai ke hari ini. Argh!!!!!!!!

Atas ketensionan yang melampau aku beralih dari memandang buku calculus sambil melayari lecture MA100 di laman web moodle lse kepada menulis entry ini. Oh, alangkah indahnya dunia tanpa Matematik. Cubaanku untuk lari dari kenyataan. Namun, mahu tak mahu, aku kena berdepan dengan realiti. Mahu tak mahu aku mesti menyiapkan paling kurang latihan-latihan basic MA100. Aku sungguh tension...

Aku buka laman web manga kegemaran aku untuk menyejukkan kembali kepala aku yang sudah berasap semenjak pagi tadi lagi. Tak banyak yang dapat aku lakukan hari ini walaupun sudah berjam-jam aku di meja penuh sejarah ini. Kepalaku pening dan mataku berpinar-pinar. Mungkin sebab tidak cukup tidur. Aku hanya tidur selepas pukul 5 pagi sehingga pukul 8 pagi hari ini, terbangun kerana cleaner yang datang untuk clearkan dustbin di dalam bilik aku tertutup pintu dengan kuat. Aku mahu tidur kembali tapi khuatir jam biologi aku berubah kembali dari 'siang belajar-malam tidur' ke 'siang tidur-malam belajar'.

Di laman manga itu, tiada update baru menantiku. Aku kembali tension. Aku telah membaca hampir kesemua manga dalam populariti 1-150 dan aku tahu tiada manga yang menarik lagi yang tinggal untuk aku baca. Apakah semua ini satu petanda yang paras tension aku tidak akan turun untuk hari ini? Argh...

Aku sungguh mahu menghubungi kekasih tersayangku cik Nabilah Sifyan. Namun setelah ku memeriksa baki free call, didapati aku telah menggunakan 357 minit dari 600 minit untuk bulan ini. Masih ada 2 Sabtu yang aku peruntukkan 120 minit... bermakna baki sebenar free call aku hanyalah 600-477 = 123 minit! Kalau aku gunakan lg free minutes ini bermakna aku terpaksa mengorbankan Long dan Kama. Emm walaupun aku akui aku tak mungkin membazirkan minit phoneku untuk call kama tapi the thought of having the minutes reserved for him makes me feel less evil. (orang kata its the thought that counts =P). Thus aku kembali tension.

Kini aku terpaksa pasrah dengan cara terakhir aku untuk menghilangkan tension. MAKAN!!
Tidak hairanlah perutku yang dulunya six packs kini hanya tinggal memori semata-mata. huhu. Apakan dayaku, ketiadaan gym yang murah, kemalasan berjogging serta kehidupan di bandar yang sibuk nyata mendatangkan mudarat kepada badanku.


Aku kini terpaksa pergi... terima kasih kerana sudi membaca... nak pesan apa-apa tak? aku nak gi kedai kebab tepi King Cross ni. Bye2!!!!
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails