Sunday, January 31, 2010

Malaysia Political Theory?



Saya terasa ingin menulis mengenai situasi politik di Malaysia. Seperti yang kita semua tahu, parti yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun yakni UMNO dan Barisan Nasional digemparkan dengan kemenangan tipis (tidak mempunyai majoriti 2/3 dewan) dalam pilihanraya umum tahun 2008. Kini sudah hampir 2 tahun semenjak peristiwa itu dan lagi 3 tahun untuk pilihanraya yang akan datang. Apakah peristiwa yang sama bakal berulang ataupun revolusi bakal berlaku untuk pilihanraya yang mendatang?


Apa yang saya bakal tulis ini adalah bukanlah 'fakta' yang berteraskan 'Kajian'. Hanyalah sekadar pemerhatian umum saya semata-mata. Sekiranya silap sila perbetul, sekiranya tidak tepat sila tegur.

Ada banyak andaian mengenai mengapa Parti Pemerintah menang tipis dalam pilihanraya yang lepas. Namun, saya lebih percaya punca sebenar bukan kerana tokoh pembangkang dibebaskan, ataupun Barisan Rakyat sudah menjadi lebih cemerlang. Saya tidak nafikan Barisan Rakyat sudah makin teratur dan ramai tokoh-tokoh muda lebih gemar menyertai parti tersebut. Namun, teras kejatuhan Barisan Nasional tidak lain kerana pemimpin-pemimpin parti tersebut sudah tidak lagi keep in touch dengan rakyat, terutamanya dari segi ekonomi.

Ekonomi dan Kenaikan Harga Barang


Masa Lalu


Tekanan ekonomi dunia selalu dipergunakan di dalam akhbar sebagai alasan mengapa harga barang naik. Namun, sebab sebenar tidak lain tidak bukan adalah kerana tindakan terburu-buru kerajaan menaikkan harga minyak. Kenaikan harga minyak pada tahun 2008 (78 sen dalam setahun) menyaksikan kenaikan harga-harga barang harian secara mendadak di Malaysia. Tindakan (yang dirasakan) corrective kerajaan dengan menaikkan gaji asas pekerja sektor awam (pekerja kerajaan) tidak membantu sebaliknya menjadikan situasi ini kian buruk. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia adalah dalam sektor swasta. Dengan harga barang yang kian meninggi, protectionism kerajaan terhadap pekerja sektor awam, hanya pekerja sektor swasta yang menjadi mangsa keadaan.


Kerajaan BN yang (akhirnya?) sedar akan hakikat ini menurunkan kembali harga minyak (pada disember 2008 harga minyak turun ke paras RM1.80). Namun malangnya nasi sudah menjadi bubur. Harga barang runcit di pasaran tidak turun seperti sedia kala (tiada penguatkuasaan dan undang2) dan gaji pekerja kerajaan yang meningkat naik sama sekali tidak boleh diturunkan (kuasa membeli yang tinggi membolehkan pekerja awam membeli barang2 yang naik harga). Akibatnya, kadar inflasi yang tinggi dibebankan kepada rakyat umum.


Pak Cik Mat penoreh getah yang hendak mengisi minyak kapcainya terkejut dengan harga petrol yang mahal.

Mak Bedah penjual nasi lemak terkejut dengan kenaikan harga beras

Ah Chong pekedai runcit terkejut dengan kos penghantaran yang dicaj oleh pembekal

Muthusami penjaja jalanan terpaksa menaikkan harga roti canai untuk menampung kos.


Semua rakyat di kampung atau di bandar terasa bahang tindakan "tidak cerdik" kerajaan ini. Harga barang harian merupakan media penyebar yang paling berkesan. Dalam sekelip mata sentimen anti-kerajaan(BN) wujud. Kekalahan teruk BN dalam pilihanraya2 kecil selepas itu disebalik media2 cetak dan massa terus menerus digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan imejnya merupakan bukti terbaik andaian ini.


Masa Kini

Pada 12 Januari 2010 saya telah menghadiri sesi bersama TPM di kedutaan Malaysia di London. Banyak isi ucapan beliau berkisar mengenai membasmi kemiskinan yang mana saya sangat2 hargai. Namun, yang paling menarik minat saya tidak lain tidak bukan apabila beliau menyebut bahawa GST (good and services tax) atau nama glamornya VAT (Value Added Tax) akan diperkenalkan di Malaysia.

Saya nak perkenalkan Cukai Barang dan Servis(GST)


Alasan beliau untuk cadangan ini adalah kerana cukai ini telah lama diperkenalkan di negara maju dan Malaysia nak mencontohi negara maju.Di negara maju seperti di UK, setiap barang jualan akan dicaj VAT yang ditambah dalam harga barang. Namun, cukai ini di justifikasikan dengan perbelanjaan kerajaan yang tinggi untuk rakyat. Sebagai contoh, kos perubatan adalah percuma atau minimal dan sistem pengangkutan awam adalah sangat cekap di UK.
Adakah di Malaysia perkara yang sama dapat dibuat? Apakah rakyat bakal menikmati taraf hidup yang lebih tinggi sekiranya cukai ini dilaksanakan? ataupun rakyat akan sekali lagi ditindas dengan tindakan "kurang bijak" kerajaan ini? Ini saya serahkan kepada semua untuk berfikir.


Pandangan Peribadi Saya

Sekiranya cukai ini dilaksanakan, maka bukan sekadar 1 atau dua barang akan naik harga, sebaliknya semua barang akan naik harga. Selaku pengkritik yang berat sebelah (kerana saya seorang rakyat Malaysia dan juga pengguna) saya sekeras2nya tidak mahu cukai ini terlaksana. Sekiranya ia terlaksana, maka saya akan bantah dengan cara yang demokratik yakni menyuarakan pandangan ini dan mengundi pihak yang menentang polisi ini di pilihanraya akan datang.



Kesimpulan

Disebabkan saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia setuju dengan pandangan saya, saya simpulkan kekalahan BN dalam pilihanraya akan datang sama sekali tidak dapat dielakkan sekiranya polisi ini diperkenalkan. Kaitkan dengan isu kenaikan harga minyak di masa lalu yang nyata hampir sama impaknya dengan apa yang akan berlaku sekiranya polisi ini diperkenalkan secara kuku besi.


*saya suka Mahathir sebab dia naikkan harga minyak xlebih dari 10sen dalam masa 4 tahun*

Monday, January 25, 2010

Love...and My Point of View







Post kali ini saya hendak membincangkan satu topik yang memang tidak asing lagi dalam kehidupan semua orang: CINTA

Pasti ramai diantara kita yang merasakan topik ini sudah terlalu lama dan basi untuk diketengahkan dan dihuraikan dengan panjang lebar. Tidak kurang juga yang akan mengatakan topik ini tidak relevan dan masih belum tiba masa untuk memikirkannya lagi. Namun, saya merasakan semua alasan itu tidak lebih dari omongan-omongan kosong yang cuba lari dari realiti sebagai manusia normal yang memerlukan kasih sayang. Kepada yang masih sinis, saya tidak memaksa. Kepada yang masih di dalam penantian, penantian itu akan berakhir, kalau bukan sekarang, 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun lagi. Justeru, saya dengan penuh ikhlas ingin berkongsi serba sedikit pengalaman dan pandangan saya mengenai subjek ini. Diharap para pengunjung sedia membaca dan sekiranya ada yang dirasakan perlu ditambah, sila komen di bawah post ini n_n.

Adakah anda bersedia?

Pastinya ramai yang akan menjawab "ya". Namun, adakah anda benar-benar bersedia?

Berjanji sehidup semati?
Sekiranya anda ingin berada dalam hubungan yang serius, anda perlu ingat yang orang yang anda sayang akan semakin tua dan semakin tidak menarik dalam jangka masa panjang. Untuk yang lelaki, mampukah anda bertahan dengan godaan perempuan yang lebih muda dan menarik bila tua kelak? Kalau ya, anda lepas ujian pertama.


Anda berkemampuan?
Untuk orang yang mengatakan cinta itu tidak bersifat materialistik, anda silap sama sekali. Cinta memerlukan material untuk berterusan, cuma High Maintenance atau tidak itu bergantunglah kepada siapa yang berkenaan =). Paling-paling kurang pun anda seharusnya mampu membayar bil telefon bimbit anda setiap bulan (yang semestinya tidak murah kerana calling2 sejam setiap malam), mampu membeli hadiah yang tidak murah 3 kali setahun (Anniversary, Birthday, Hari Kekasih), dan semestinya masih mampu mengumpul duit untuk berkahwin (jangan main2 woo, sekarang belanja kawin kurang2 pun RM5000). Dan kalau keluar date tu, bersedialah untuk keluar duit lebih (lelaki). Mampu? Anda lulus ujian kedua.
Adakah 'si dia' benar-benar The One?
Ini antara masalah serius dalam mana-mana hubungan. Bak kata orang tua2, pantang nampak perempuan dahi licin (lelaki) dan kena ayat sikit cair (perempuan). Sekiranya anda tidak yakin yang orang yang anda minat itu adalah yang terbaik untuk anda, saya menasihatkan agar anda tidak terburu-buru untuk memasuki hubungan yang serius. Bila nasi sudah jadi bubur, segalaInvestment (perbelanjaan) lenyap tak berhasil. Kalau anda yakin yang dia sememangnya untuk anda, maka anda lulus ujian ini.



Adakah anda menerima si dia dengan seadanya?
Selepas anda lulus ujian2 diatas, anda seharusnya ingat bahawasanya orang yang anda cintai itu juga seorang manusia biasa. Dia mungkin pernah melakukan kesilapan, dan mempunyai rahsia2 yang tidak dapat diceritakan. Sekiranya rahsia ini di luahkan kepada anda, seharusnya anda menerima dengan hati yang sabar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Adakalanya juga dia(perempuan) mungkin akan menjadi garang dengan tiba2 (anda patut faham mengapa). Anda dinasihatkan untuk berdiam diri dan cuba untuk menjadi baik pada ketika ini. Adakalanya juga si Lelaki akan buat hal seperti keluar dengan perempuan lain. Kalau ini sekadar tuntutan sosial maka maafkanlah, namun sekiranya dia memang berniat lain maka anda patut mengkaji semula status hubungan anda. Pendek kata, anda perlu menerima baik dan buruk pasangan anda seadanya. Jangan sekadar ambil yang baik sahaja. Sekiranya anda lulus kesemua ujian ini maka saya yakin anda mampu berjaya dalam love life anda n_n


Sunday, January 24, 2010

Hacking Your PSP -versi bahasa melayu-

Kali ini saya hendak bercerita bagaimana untuk HACK psp anda untuk membolehkannya memainkan game yang di download (dari piratebay dan sebagainya).

Seperti yang anda tahu, sekiranya anda beli psp bukan di Malaysia (PSP di Malaysia selalunya telah diHACK terlebih dahulu), anda hanya boleh main game yang diisi dalam UMD (Universal Media Disk). Kesemua game yang di download dalam bentuk iso tidak akan dapat dikesan manakala game PSOne-PSP (dalam bentuk eboot) hanya nampak gambar depan tetapi tidak boleh dibuka.


Tentukan PSP anda. Versi yang boleh diHACK hanyalah:

PSP 1000 (full)
PSP 2000 (full)
PSP 3000 (partly)
PSP Go (tidak boleh di hack sama sekali)

Untuk mengetahui versi PSP, anda boleh melihat di barcode yang ditampal dibawah PSP anda.
Untuk post kali ini, saya akan menerangkan bagaimana untuk HACK psp3000.

PSP 3000
Hanya PSP version 5.03 boleh di Hack. Sekiranya PSP anda mempunyai version kurang dari ini sila update ke version ini


Langkah Pertama:
Download ChickenHenR2
(ChickenhenR2 membolehkan PSP menginstall Custom FirmWare)

http://www.psp-hacks.com/file/1720

Extract file dalam zip folder ini ke mana2 destinasi yang senang untuk anda access

Copy h.bin ke 'root' memory stick
















Copy folder ChickHEN (dalam folder slim) ke dalam '/PSP/PHOTO'



Langkah Kedua:

Download Mana2 dari custom firmware ini




Extract ke mana-mana destinasi yang senang untuk diakses

Copy keseluruhan folder ke dalam Memory Stick (kalau anda melakukannya dengan betul akan ada folder 'GEN-C' dalam '/PSP/GAME'



Langkah Ketiga:

Masukkan memory stick ke dalam PSP

Pergi ke Photo->Memory Stick-> chickenHEN

anda akan lihat beberapa gambar telur sedang di load

Sekiranya berjaya, PSP anda akan restart dan di system setting selepas itu version akan bertukar ke Version 5.03 chickenHENR2

Sekiranya PSP anda tersekat, matikan dan ulangi langkah ke 3 ini.

Selepas berjaya, pergi ke GAME->Memory Stick->GEN-C

PSP anda akan reboot dengan CFW GEN-C secara automatik apabila anda tekan GEN-C itu.

Selepas itu, check system setting sekali lagi dan version akan bertukar ke 5.03 MHU. Kini anda sudah boleh main game yang didownload. Enjoy n_n


Untuk video mengenai cara untuk install (sekiranya anda tidak faham atau tidak berjaya), sila klik link di bawah:



Friday, January 22, 2010

Pemula Bicara


Sungguh tidak saya sangka-sangka yang saya akhirnya tunduk kepada perubahan zaman dengan juga berblog di sini. Adakah saya sebenarnya mempunyai masa untuk berblog disebalik kesibukan sebagai seorang pelajar? Itu persoalan yang masih tidak terungkap. Almaklumlah, bulan ini (Jan 2010) hanya merupakan bulan ke-4 saya berada di negara penjajah ini.

Semoga laman ini mampu menjadi tempat saya berkongsi serba sedikit apa yang terkandung di dada n_n...


Selamat membaca
Related Posts with Thumbnails