Sunday, January 31, 2010

Malaysia Political Theory?



Saya terasa ingin menulis mengenai situasi politik di Malaysia. Seperti yang kita semua tahu, parti yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun yakni UMNO dan Barisan Nasional digemparkan dengan kemenangan tipis (tidak mempunyai majoriti 2/3 dewan) dalam pilihanraya umum tahun 2008. Kini sudah hampir 2 tahun semenjak peristiwa itu dan lagi 3 tahun untuk pilihanraya yang akan datang. Apakah peristiwa yang sama bakal berulang ataupun revolusi bakal berlaku untuk pilihanraya yang mendatang?


Apa yang saya bakal tulis ini adalah bukanlah 'fakta' yang berteraskan 'Kajian'. Hanyalah sekadar pemerhatian umum saya semata-mata. Sekiranya silap sila perbetul, sekiranya tidak tepat sila tegur.

Ada banyak andaian mengenai mengapa Parti Pemerintah menang tipis dalam pilihanraya yang lepas. Namun, saya lebih percaya punca sebenar bukan kerana tokoh pembangkang dibebaskan, ataupun Barisan Rakyat sudah menjadi lebih cemerlang. Saya tidak nafikan Barisan Rakyat sudah makin teratur dan ramai tokoh-tokoh muda lebih gemar menyertai parti tersebut. Namun, teras kejatuhan Barisan Nasional tidak lain kerana pemimpin-pemimpin parti tersebut sudah tidak lagi keep in touch dengan rakyat, terutamanya dari segi ekonomi.

Ekonomi dan Kenaikan Harga Barang


Masa Lalu


Tekanan ekonomi dunia selalu dipergunakan di dalam akhbar sebagai alasan mengapa harga barang naik. Namun, sebab sebenar tidak lain tidak bukan adalah kerana tindakan terburu-buru kerajaan menaikkan harga minyak. Kenaikan harga minyak pada tahun 2008 (78 sen dalam setahun) menyaksikan kenaikan harga-harga barang harian secara mendadak di Malaysia. Tindakan (yang dirasakan) corrective kerajaan dengan menaikkan gaji asas pekerja sektor awam (pekerja kerajaan) tidak membantu sebaliknya menjadikan situasi ini kian buruk. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia adalah dalam sektor swasta. Dengan harga barang yang kian meninggi, protectionism kerajaan terhadap pekerja sektor awam, hanya pekerja sektor swasta yang menjadi mangsa keadaan.


Kerajaan BN yang (akhirnya?) sedar akan hakikat ini menurunkan kembali harga minyak (pada disember 2008 harga minyak turun ke paras RM1.80). Namun malangnya nasi sudah menjadi bubur. Harga barang runcit di pasaran tidak turun seperti sedia kala (tiada penguatkuasaan dan undang2) dan gaji pekerja kerajaan yang meningkat naik sama sekali tidak boleh diturunkan (kuasa membeli yang tinggi membolehkan pekerja awam membeli barang2 yang naik harga). Akibatnya, kadar inflasi yang tinggi dibebankan kepada rakyat umum.


Pak Cik Mat penoreh getah yang hendak mengisi minyak kapcainya terkejut dengan harga petrol yang mahal.

Mak Bedah penjual nasi lemak terkejut dengan kenaikan harga beras

Ah Chong pekedai runcit terkejut dengan kos penghantaran yang dicaj oleh pembekal

Muthusami penjaja jalanan terpaksa menaikkan harga roti canai untuk menampung kos.


Semua rakyat di kampung atau di bandar terasa bahang tindakan "tidak cerdik" kerajaan ini. Harga barang harian merupakan media penyebar yang paling berkesan. Dalam sekelip mata sentimen anti-kerajaan(BN) wujud. Kekalahan teruk BN dalam pilihanraya2 kecil selepas itu disebalik media2 cetak dan massa terus menerus digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan imejnya merupakan bukti terbaik andaian ini.


Masa Kini

Pada 12 Januari 2010 saya telah menghadiri sesi bersama TPM di kedutaan Malaysia di London. Banyak isi ucapan beliau berkisar mengenai membasmi kemiskinan yang mana saya sangat2 hargai. Namun, yang paling menarik minat saya tidak lain tidak bukan apabila beliau menyebut bahawa GST (good and services tax) atau nama glamornya VAT (Value Added Tax) akan diperkenalkan di Malaysia.

Saya nak perkenalkan Cukai Barang dan Servis(GST)


Alasan beliau untuk cadangan ini adalah kerana cukai ini telah lama diperkenalkan di negara maju dan Malaysia nak mencontohi negara maju.Di negara maju seperti di UK, setiap barang jualan akan dicaj VAT yang ditambah dalam harga barang. Namun, cukai ini di justifikasikan dengan perbelanjaan kerajaan yang tinggi untuk rakyat. Sebagai contoh, kos perubatan adalah percuma atau minimal dan sistem pengangkutan awam adalah sangat cekap di UK.
Adakah di Malaysia perkara yang sama dapat dibuat? Apakah rakyat bakal menikmati taraf hidup yang lebih tinggi sekiranya cukai ini dilaksanakan? ataupun rakyat akan sekali lagi ditindas dengan tindakan "kurang bijak" kerajaan ini? Ini saya serahkan kepada semua untuk berfikir.


Pandangan Peribadi Saya

Sekiranya cukai ini dilaksanakan, maka bukan sekadar 1 atau dua barang akan naik harga, sebaliknya semua barang akan naik harga. Selaku pengkritik yang berat sebelah (kerana saya seorang rakyat Malaysia dan juga pengguna) saya sekeras2nya tidak mahu cukai ini terlaksana. Sekiranya ia terlaksana, maka saya akan bantah dengan cara yang demokratik yakni menyuarakan pandangan ini dan mengundi pihak yang menentang polisi ini di pilihanraya akan datang.



Kesimpulan

Disebabkan saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia setuju dengan pandangan saya, saya simpulkan kekalahan BN dalam pilihanraya akan datang sama sekali tidak dapat dielakkan sekiranya polisi ini diperkenalkan. Kaitkan dengan isu kenaikan harga minyak di masa lalu yang nyata hampir sama impaknya dengan apa yang akan berlaku sekiranya polisi ini diperkenalkan secara kuku besi.


*saya suka Mahathir sebab dia naikkan harga minyak xlebih dari 10sen dalam masa 4 tahun*
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails